AHLI PARLIMEN Malaysia di luar negara digesa untuk memudahkan lebih banyak pelaburan kembali ke dalam negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan rasminya ke China berkata, tumpuan utama adalah untuk membina semula negara menerusi pelaburan domestik dan asing.
Berucap dihadapan pemimpin Muslim China dan delegasi perniagaan sempena majlis iftar di sebuah hotel di Beijing semalam beliau turut menegaskan tidak mengapa untuk melabur di luar Malaysia tetapi apa yang diperlukan ialah memfokuskan semula pelaburan ke Malaysia.
“Negara kita (memerlukan) pelaburan besar-besaran dan domestik.
“Saya di sini untuk anda. Tetapi sudah tiba masanya untuk memfokuskan semula pelaburan ke Malaysia,” katanya.
Anwar turut menyentuh pertemuannya dengan Presiden China Xi Jinping.
Katanya, beliau kagum dengan sikap rendah diri yang ditunjukkan oleh tokoh negara itu.
“Bagaimana beliau berbudi pekerti yang tinggi dan bergurau dengan saya tentang (agenda) Madani, ASEAN, dan sebagainya,” ujarnya.
Terdahulu, Anwar mengadakan kunjungan hormat ke atas Jinping di Great Hall of the People.
Perdana Menteri disambut oleh Jinping sebaik tiba sebelum kedua-dua mereka meneruskan mesyuarat yang berlangsung hampir sejam.
![]() |
Anwar mengadakan pertemuan dengan Presiden China |
Anwar dijangka mengumumkan pelaburan baharu yang merupakan komitmen tertinggi kerajaan sebaik lawatan rasmi beliau ke China berakhir Sabtu.
0 Comments