RANG UNDANG-UNDANG (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 bakal dibentang semula pada sidang Dewan Rakyat seawal Mei ini.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam satu sidang media di bangunan Parlimen pada Rabu memaklumkan, RUU itu tidak sempat dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung ketika ini.
“Kita dalam usaha mempercepatkan pembentangan (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok. Ia akan dibuat secepat mungkin dan kalau dapat, sesi akan datang kita akan cuba.” jelasnya.
Ahli Parlimen Sikijang itu sebelumnya diminta mengulas gesaan sebuah badan pemikir kesihatan supaya kerajaan menumpukan usaha merombak semula RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok atau Generasi Penamat (GEG).
Ia berikutan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi pada Julai tahun lalu yang mengesyorkan penguatkuasaan larangan merokok kepada individu yang lahir pada 2007 dan ke atas atau GEG ditangguhkan selama tiga tahun.
Penangguhan itu dicadangkan bertujuan memberikan tempoh persediaan mencukupi kepada semua pihak berkaitan.
![]() |
KKM mahu bentang segera RUU berkaitan |
“Kerajaan ada usaha untuk (melaksanakan) ‘vape tax’ (cukai vape) itu, tapi kita sedang dalam usaha untuk mempercepatkan pembentangan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok," jelasnya.