Rancangan nak tumbang k'jaan akan undang kemarahan rakyat


NAIB PENGERUSI
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Perak menyelar niat pemimpin tertentu dari Perikatan Nasional yang secara terbuka menyatakan hasrat merampas kerajaan tanpa melalui pilihan raya.

Muhamad Arafat Varisai Mahamad dipetik berkata, usaha merampas kerajaan yang dibentuk dengan restu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah susulan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang menyaksikan tiada mana-mana parti politik mampu membentuk kerajaan secara bersendirian adalah bukti mereka sangat terdesak untuk kembali berkuasa.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta mengingatkan usaha menjatuhkan kerajaan itu akan pasti dihukum rakyat.

Ia terutama ketika kerajaan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang giat mewujudkan kestabilan politik supaya usaha memulihkan ekonomi serta menarik pelabur asing datang ke Malaysia berjaya.
 
"Usaha pihak tertentu menumbangkan kerajaan yang ada ini hanya untuk kepentingan politik semata-mata dan bukan demi rakyat kerana mereka merasai nikmat ketika berkuasa dahulu.

"Tapi kita yakin kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini kekal utuh dan terus bekerja untuk negara tanpa menghiraukan tindak-tanduk pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan," katanya.

Beliau turut menambah bahawa KEADILAN Perak akan terus membantu Perdana Menteri memastikan hasrat memulihkan negara berjaya dilaksanakan tanpa gangguan.

Terdahulu Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang secara terbuka mengakui pihaknya sedang berusaha menjatuhkan kerajaan.

Kenyataan itu dilihat bertentangan dengan titah Baginda Sultan Abdullah yang mahu kestabilan politik di tegakkan selain berhasrat melihat Anwar menjadi Perdana Menteri terakhir sebelum beliau menamatkan tempoh perkhidmatannya sebagai ketua negara.

Arafat bidas niat nak tumbang kerajaan
Anwar dalam satu Sesi Interaksi Bersama-sama Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia Secara Maya di Putrajaya pada Selasa walau bagaimanapun dengan nada cukup optimis menyuarakan keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya tidak tumbang.

Malahan, beliau turut percaya, kerajaan yang disertai empat blok dan tiga parti kecil itu boleh kekal bertahan sehingga tempoh penggalnya tamat pada 3 Disember 2027 kelak.

Post a Comment

0 Comments