PENGARAH Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Lee Chean Chung menasihatkan pemimpin Perikatan Nasional (PN) agar menumpukkan tugas mereka sebagai pembangkang.
Dipetik laporan Utusan, beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya berkata, PN perlu berhenti bermimpi untuk menjatuhkan kerajaan sebaliknya menjalankan amanah dengan mewujudnya proses semak dan imbang yang baik termasuk mengemukakan dasar dan kritikan yang konstruktif yang membina negara.
“Memang tidak salah pun jika PN ingin menjadi kerajan, itu memang cita-cita setiap pembangkang tetapi kalau fikir tentang itu setiap hari tanpa ada apa-apa tawaran lain atau membuat kerja, ia akan mengecewakan rakyat sahaja.
“Ini juga akan menghampakan kerajaan untuk membina satu insitutsi semak dan imbang yang lebih sihat,” katanya dipetik.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilihat masih belum dapat menerima kenyataan bahawa Pilihan Raya Umum ke15 (PRU15) sudah berakhir dan PN gagal menjadi kerajaan.
Presiden PAS itu pada Isnin dilapor media sebagai berkata PN sedang berusaha untuk 'menjatuhkan' Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk melalui undi tidak percaya atau mendapatkan Surat Akuan Berkanun (SD).
Kata Ahli Parlimen Marang itu lagi tiada mana-mana pihak boleh menghalang hasrat PN untuk menumbangkan kerajaan.
Kenyataan itu dilihat bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 12 Feb lalu ketika merasmikan pembukaan penggal Parlimen Ke-15.
Dalam titahnya Baginda menzahirkan harapan supaya pentadbiran Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terakhir sebelum baginda menamatkan tugas dan kembali ke Pahang, pada 30 Januari tahun depan.
![]() |
Apa keperluan nak tumbang kerajaan ? |
"Ia (titah Agong) 'tidak boleh dijadikan sebagai kata putus'" Kata Abdul Hadi kepada Sinar Harian ketika ditanya apakah hasrat PN mahu menjatuhkan kerajaan bertentangan dengan titah Yang Dipertuan Agong yang mahukan kestabilan.
0 Comments