Ahli Parlimen mahu Abdul Hadi disiasat dibawah Seksyen 124B


SEORANG
Ahli Parlimen kerajaan menggesa Presiden Pas, Abdul Hadi Awang disiasat susulan kenyataanya yang mengakui merancang untuk menumbangkan kerajaan.

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menegaskan Abdul Hadi patut disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana “melakukan Aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen” yang boleh dihukum penjara 20 tahun.

“Kerajaan perpaduan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Sebelumnya Rayer menyentuh tentang pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diilhamkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, setelah negara melalui ketidakstabilan politik akibat.

Rayer ingatkan Hadi jangan derhaka titah Agong
Beliau menggesa siasatan itu dengan merujuk laporan media berhubung kenyataan Abdul Hadi bahawa pembangkang mempunyai hak untuk merancang menumbangkan kerajaan ketika ini dan tiada siapa boleh menghalang yang dilihat membatah titah Seri Paduka.
 
“Bayangkan kalau kita (DAP) dalam pembangkang menyatakan perkara ini, sudah tentu laporan polis akan dibuat terhadap kita. Ini adalah perlakuan menderhaka kepada titah tuanku. Bukankah tidak?” soal Rayer.

Post a Comment

0 Comments