KERAJAAN Perpaduan terus melipat ganda usaha untuk meringankan beban rakyat yang terbeban dengan kos kehidupan termasuk membabitkan golongan pelajar.
Pada Selasa, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh merasmikan program Food Bank Wakaf Rahmah Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Program itu yang menggunakan konsep Food Pantry dijangka akan memberi manfaat kepada 1,000 orang pelajar sekaligus menangani isu kos sara hidup yang membebani mereka.
"Konsep program ini adalah Food Pantry, dengan Uniten menyediakan tempat penyimpanan sumbangan makanan dari pihak penyumbang serta menyelaras pengagihan sumbangan kepada pelajar mengikut jadual yang ditetapkan," katanya semasa berucap di majlis pelancaran program berkenaan.
Difahamkan program Food Bank Wakaf Rahmah adalah kesinambungan daripada program Food Bank Siswa yang dilaksanakan kementerian sejak Februari 2019.
Namun menurut Fuziah, pendekatan dilaksana di UNITEN adalah berbeza dengan program di institut pengajian tinggi lain.
Dimana jelasnya program di UNITEN mendapat sumbangan RM40,000 dari Yayasan Wakaf untuk pembelian mesin pemproses makanan “ready to eat”.
"Di UNITEN ini, KPDN telah membuat penjimatan bagi pelaksanaan Food
"Bayangkan jika wakaf rahmah ini berjaya membuat penjimatan di aspek ini hanya untuk satu universiti, maka saya percaya lebih banyak lagi kejayaan wakaf yang akan tercetus dengan model sebegini.
![]() |
Langkah pastikan kebajikan mahasiswa dijaga |
Sementara itu tambah Fuziah, program Food Bank Siswa telah diperluaskan kepada 29 Institusi Pendidikan Tinggi, Politeknik serta Institut Pengajian Guru dan telah membantu 21,105 pelajar yang memerlukan.
0 Comments