KERAJAAN mengambil maklum cadangan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi yang meminta pertimbangan agar moratorium antara tiga hingga enam bulan diberikan kepada mangsa banjir di negeri berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam berkata, pihaknya akan berhubung dengan pihak bank bagi membenarkan moratorium kepada peminjam yang terkesan dengan bencana itu.
Jelasnya, setakat ini dua buah institusi kewangan iaitu Maybank dan CIMB telah bersetuju untuk memberikan moratorium selama enam bulan susulan kejadian banjir yang disifatkan terburuk sejak 2006 itu.
“Kita juga hubungi bank-bank lain supaya mengikuti langkah Maybank dan CIMB,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) pada Selasa.
![]() |
K'jaan akan bincang dengan institusi perbankan |
“Saya ucapkan tahniah kepada semua jentera. Di Johor persiapan jentera negeri dan pegawai-pegawai daerah nampak lebih berkesan, oleh itu dapat menyelamatkan banyak nyawa dan memberikan bantuan dengan kadar segera" katanya.
0 Comments