PM lulus RM500,000 untuk perkasa golongan wanita


SEBAGAI
sebahagian usaha mengiktiraf peranan wanita di negara ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu mengumumkan pemberian peruntukan permulaan RM500,000 kepada Institut Sosial Malaysia (ISM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berucap ketika merasmikan sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 di Putrajaya semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu menjelaskan, ia ia bagi membolehkan usaha penyelidikan dilakukan untuk memperkasa golongan itu.

"Ada bidang baharu untuk penyelidikan dan hakikatnya untuk golongan wanita, kaum ibu dan anak-anak mereka, saya rasa amalan atau program rutin atau umum dalam sistem birokrat ini mungkin tidak dapat melaksanakan tugas khas itu.

“Oleh sebab itu, kementerian ini seolah-olah mencadangkan bahawa kita tidak semestinya mempunyai bahagian yang berbeza tetapi beberapa pegawai penyelidik yang bekerja di pusat akademik dan universiti tempatan atau pertubuhan antarabangsa untuk membuat rancangan atau penyelidikan yang memberi kesan kepada wanita...dan kita boleh tambah (peruntukan) nanti jika kita dapati kajian itu bermanfaat,” katanya.

Turut hadir dari majlis itu adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Selain  peruntukan kepada ISM, Anwar turut mengumumkan kerajaan meluluskan peruntukan permulaan sebanyak RM1 juta bagi Tabung KASIH Rahmah Wanita di bawah KPWKM yang diwujudkan bagi membantu mangsa keganasan rumah tangga dan wanita yang diabai ahli keluarga.

Kebajikan dan peluang wanita diperkasa
Sementara itu, Nancy dalam sidang media menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas kelulusan peruntukan berkenaan yang antara lain akan memberi fokus penyelidikan berkaitan isu keganasan rumah tangga dan isu gangguan seksual.

"Kami sebenarnya memohon untuk Women Centre of Excellence tetapi Perdana Menteri menyarankan kami, beliau luluskan dahulu (usaha penyelidikan) di bawah ISM itu untuk mulakan penyelidikan dan lihat ke mana kami boleh pergi seterusnya," katanya.

Post a Comment

0 Comments