PERDANA MENTERI akan mengumumkan satu pelaburan baharu yang disifatkan sebagai komitmen tertinggi kerajaan pada Khamis atau Jumaat ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengumuman itu akan dibuat sempena lawatan rasmi beliau ke China yang bermula 29 Mac hingga 1 April ini.
“Ini sahaja yang boleh jamin tentang nasib rakyat, pendidikan, kesihatan rakyat,” katanya di Kedutaan Besar Malaysia Phnom Penh malam tadi.
Anwar sebelumnya hadir pada pada majlis ramah mesra bersama diaspora Malaysia di negara itu bersempena lawatan rasmi sehari beliau ke Kemboja.
Sementara itu jelas Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu, beliau mahu memastikan dibawah pentadbirannya ekonomi negara terus berkembang dan Malaysia mampu menjadi tarikan baharu bagi pelaburan.
![]() |
Pengumuman akan dibuat dalam lawatan ke China |
“Bila ada perubahan, maka ia boleh menarik pelaburan asing. Sebagai contoh Amazon yang mahu melabur di Malaysia walaupun ada negara lain yang menawarkan insentif menarik kepada mereka dan bila ia datang ke sini, ia akan menarik syarikat lain untuk datang,” katanya dipetik.
0 Comments