KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kini memberi tumpuan kepada inisiatif Malaysia Science Endowment (MSE) selaras usaha mempelbagaikan pembiayaan alternatif untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Bercakap ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat dasar di Dewan Rakyat pada Rabu, Menterinya, Chang Lih Kang, berkata melalui MSE, dana bagi tujuan R&D diperoleh menerusi pelbagai sumber seperti industri, dana antarabangsa, wakaf dan penderma yang berminat.
"MSE adalah selaras dengan Dasar Sains Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021 - 2030 bagi mengukuhkan tadbir urus sains, teknologi dan inovasi (STI) negara dan mampu memberi impak terhadap pembiayaan R&D yang mampan untuk jangka masa yang panjang melalui sumber alternatif.
"Ini sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan di samping merancakkan pembabitan sektor swasta," katanya dipetik.
Ahli Parlimen Tanjung Malim itu ketika menyentuh peruntukan bagi R&D yang jumlahnya masih kecil jika dibandingkan dengan negara maju berkata ia tidak dapat dinafikan, namun pihak kementerian sentiasa mencari jalan untuk menanganinya.
Walau bagaimanapun tambahnya, Belanjawan 2023 kali ini telah memperlihatkan permulaan yang baik dengan peningkatan ketara terutama beberapa komponen utama berbanding tahun lalu.
Belanjawan 2023 permulaan baik untuk Mosti |
"Manakala bagi pengkomersialan STI meningkat daripada 160.76 juta pada 2022 kepada 215.28 juta pada2023 iaitu sebanyak 33.9 peratus," kata dipetik laporan Bernama.
0 Comments