Kerajaan lawan salahguna kuasa tanpa rasa takut - PM

 


KERAJAAN akan menangani secara serius sebarang penyalahgunaan kuasa tanpa sebarang rasa takut atau pilih kasih, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucap tama di program Invest Malaysia 2023 di Kuala Lumpur pada Rabu, Anwar menegaskan kerajaan pimpinan beliau akan terus mengamalkan standart etika tertinggi dalam mengurus negara.

"Saya sudah tegaskan perkara ini berulang kali dan akan mengulanginya di majlis ini. Kerajaan ini mengamalkan pendekatan sifar toleransi terhadap sebarang salah laku serta rasuah.

"Tadbir urus korporat yang baik perlu kekal sebagai asas operasi perniagaan, syarikat-syarikat serta pemegang saham.

"Ini juga penting bagi memastikan aspek tadbir urus ini menjadi jaminan mantap untuk melindungi pelabur serta kestabilan pasaran kewangan dan modal,” kata beliau.

Atas alasan itu tambahnya, kerajaan telah menjadikan aspek itu sebagai keutamaan bagi menegakkan keadilan sosial.

Anwar ulang pendirian lawan penyelewengan
Ia sekaligus bagi menangani ketidaksamaan dengan pengembangan serta pertumbuhan ekonomi negara supaya berjaya dicapai dengan konteks lebih meluas untuk membantu rakyat terutama golongan miskin dan terpinggir.

"Kita perlu melepaskan mereka daripada cengkaman kemiskinan. Ada yang menyatakan ini disebabkan oleh sistem kapitalis tidak terkawal yang telah menyemai ketidaksamaan dalam kekayaan serta taraf hidup,” kata beliau.

Post a Comment

0 Comments