PENGURANGAN cukai taksiran fasa 2 di Putrajaya sebanyak lima peratus kepada pemilik kediaman strata (selain rumah mampu milik) dan 20 peratus bagi pemilik kediaman teres bakal bermula 1 Julai ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, kerajaan bersetuju memberikan pengurangan kepada jumlah cukai taksiran yang dikenakan untuk kediaman yang siap dibina selepas 2017.
"Saya ambil peduli keluhan daripada pemilik harta selain rumah mampu milik di Putrajaya bahawa cukai taksiran yang dikenakan ke atas premis kediaman mereka agak tinggi berbanding kawasan sekitarnya," menurut beliau dalam kenyataan pada Khamis.
Difahamkan pengurangan cukai itu akan melibatkan hampir 2,700 unit kediaman strata dan teres yang siap dibina selepas 2017, pengurangan akan diberikan sehingga penilaian semula oleh Perbadanan Putrajaya.
Sementara itu Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pengurangan itu juga selaras dengan aspirasi Malaysia Madani melalui elemen ihsan yang seterusnya dapat dipanjangkan kepada ruang lingkup lebih luas supaya dapat mengurangkan beban penduduk dalam mendepani kos sara hidup termasuk golongan M40 yang memiliki kediaman strata dan teres di Putrajaya.
Disember lalu, Anwar mengumumkan bahawa semua kediaman berharga di bawah RM300,000 di Putrajaya diberikan potongan sebanyak 30 peratus daripada jumlah cukai taksiran yang dikenakan berkuat kuasa 1 Januari.
Potongan itu sehingga penilaian semula dilakukan Perbadanan Putrajaya.
"Saya ambil peduli keluhan daripada pemilik harta selain rumah mampu milik di Putrajaya bahawa cukai taksiran yang dikenakan ke atas premis kediaman mereka agak tinggi berbanding kawasan sekitarnya," menurut beliau dalam kenyataan pada Khamis.
Difahamkan pengurangan cukai itu akan melibatkan hampir 2,700 unit kediaman strata dan teres yang siap dibina selepas 2017, pengurangan akan diberikan sehingga penilaian semula oleh Perbadanan Putrajaya.
Sementara itu Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pengurangan itu juga selaras dengan aspirasi Malaysia Madani melalui elemen ihsan yang seterusnya dapat dipanjangkan kepada ruang lingkup lebih luas supaya dapat mengurangkan beban penduduk dalam mendepani kos sara hidup termasuk golongan M40 yang memiliki kediaman strata dan teres di Putrajaya.
Langkah baru ringan beban hidup M40 |

0 Comments