Penyokong Pas digesa lihat 'demokrasi' dalam parti sendiri



 
KEADILAN Cabang Kemaman mempersoalkan mengapa sesetengah penyokong Perikatan Nasional (PN) terutama dari Pas mempertikaikan keputusan ahli UMNO untuk tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu.

Dalam satu kenyataan media, KEADILAN Kemaman menyifatkan pihak, terutama dari Pas yang menggunakan isu dalaman UMNO sebagai mengalami amnesia.

"Di sebalik lontaran tuduhan itu,satu perkara yang  ingin ditanyakan kepada penyokong Pas,berapa kali kah jawatan Presiden Pas dipertandingkan sejak era kepimpinan ulama?

"Setiap kali pemilihan Pas disepanjang kepimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang,tiada sebarang perebutan jawatan presiden kecuali pada tahun 2015,pada ketika,itu pun pelbagai tohmahan dilemparkan kepada ustaz Ahmad Awang oleh penyokong setia presiden kerana mencabar presiden Pas ketika pemilihan.

"Jadi di sini kenapa penyokong Pas beria-ia mempertikaikan keputusan ahli UMNO untuk tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden sedangkan di dalam Pas sendiri ahli-ahlinya cukup kuat mempertahankan presiden sehingga tiada penggantian presiden Pas sejak 2002 sehingga sekarang?' soal kenyataan itu.

Kepimpinan ulama di dalam Pas bermula dengan perletakan jawatan Allahyarham Dato Asri Muda sebagai presiden Pas pada muktamar Pas 1982 dan digantikan oleh Allahyarham Dato Yusof Rawa.

Dato Yusof Rawa kemudian meletakkan jawatan sebagai Presiden Pas dan diganti oleh Allahyarham Dato Fadzil Noor pada 1989 sebelum diganti Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menang tanpa bertanding.

"Penyokong Pas begitu ghairah menyerang UMNO tetapi lupa untuk melihat diri sendiri yang kuat melaungkan demokratik tetapi lupa kepada presiden sendiri yang telah lebih 20 tahun memegang jawatan.

"Jika betul Pas bersikap demokratik maka seharusnya sudah ada pertukaran jawatan presiden,' kata kenyataan itu lagi sambil menegaskan UMNO menukar presidennya sebanyak tiga kali sepanjang Abdul Hadi mengetuai Pas.

Berapa kali jawatan Presiden Pas dipertanding
Pada Januari lalu, Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, berkata proses undian usul tambahan supaya tiada pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO mendapat lebih 90 peratus sokongan perwakilan.

Keputusan itu katanya demi mengekalkan solidariti dalam parti itu selain bagi memastikan parti tersebut dapat bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Post a Comment

0 Comments