KPDN akan laksana kajian terhadap impak inisiatif Rahmah

 


KAJIAN terhadap impak inisiatif Payung Rahmah akan dijalankan pada Jun ini bagi melihat sejauh mana pelaksanaanya memberi kesan kepada usaha meringankan beban rakyat.  

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika mengulas perkara itu berkata, hasil kajian terhadap inisiatif itu kemudian akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan agar dapat dijadikan rujukan untuk belanjawan akan datang.

“Inisiatif ini telah berjalan selama tiga bulan, saya telah beritahu kepada kementerian apabila sudah sampai enam bulan nanti kita akan buat satu kajian impak untuk tengok dari segi kemampanan.

“Dengan ini, barulah KPDN akan laporkan hasil kajian kepada pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri supaya dalam bajet tahun depan kita (kerajaan) dapat lihat (meneliti) tawaran, inisiatif atau pemotongan cukai yang boleh diberikan kepada pihak industri yang serius melibatkan diri dalam inisiatif ini,” katanya.

Sementara itu Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai memberitahu, inisiatif Payung Rahmah yang digerakkan dengan kerjasama sukarela pelbagai pihak telah
Mengulas lanjut mengenai pelbagai inisiatif yang sudah dijalankan dengan kerjasama sukarela pelbagai pihak, Salahuddin berkata, ia

Mengulas mengenai inisiatif dibawah jenama Payung Rahmah itu, Salahuddin berkata ia telah dapat menurunkan hampir 12,000 barangan keperluan seperti sabun, minyak masak, minuman, pakaian dan biskut.

Kajian bakal dilakukan untuk lihat keberkesanan
Setakat ini jelasnya inisiatif tersebut telah berjaya memberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan barang keperluan pada harga lebih murah di pasaran.

"Sebab itu, KPDN tampil untuk mencari opsyen tertentu supaya apabila harga sesuatu barang naik akibat faktor cuaca dan sebagainya, kita masih dapat adakan harga Rahmah pada barangan keperluan asas lain,” kata beliau ketika ditemui pemberita dalam satu program di Batu Caves semalam.

Post a Comment

0 Comments