MENTERI EKONOMI, Rafizi Ramli menegaskan bahawa Cukai Barangan Mewah yang bakal diperkenalkan tahun ini bukan alternatif kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Sebaliknya kata Ahli Parlimen Pandan itu, cukai tersebut adalah duti eksais yang dikenakan mengikut kategori barangan mewah tertentu.
"Contohnya, sekarang ini kita ada eksais duit untuk rokok, kita ada eksais duti untuk kereta. Jadi ia hanya eksais duit. Cumanya yang berlaku ialah kategori barangan mewah yang akan diwartakan kemudian akan dikenakan cukai lebih tinggi dalam bentuk eksais duti," kata Rafizi.
Timbalan Presiden KEADILAN itu memberi penjelasan itu selepas menyampaikan ucaptama bersempena Program Forum Dua Alumni Pegawai Tadbir Diplomatik di ibu negara pada Selasa.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu mengumumkan pengenalan Cukai Barangan Mewah kepada mereka yang mempunyai kemampuan.
Cukai itu akan dikenakan terhadap barangan dengan had nilai tertentu meliputi jenis barangan mewah meliputi jam tangan dan barangan berfesyen.
Langkah itu mendapat sokongan dari rakyat terbanyak yang merasakan golongan berkemampuan seharusnya dikenakan lebih cukai.
![]() |
Tambah pendapatan negara tanpa jejas B40 |
"Sekiranya kerajaan melaksanakan semula GST, golongan B40 akan terkesan. Oleh itu, kerajaan menyasarkan golongan kaya. Justeru, kita tidak perlu risau mengenainya. Ia adalah inisiatif yang sangat baik dan kerajaan sudah memikirkan mengenai masa depan rakyat marhaen," katanya dipetik laporan Berita Harian.
0 Comments