S'gor jamin hak penduduk terlibat projek ECRL


KERAJAAN Selangor memberi jaminan akan memastikan 89 keluarga yang terlibat dengan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan terbela.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri akan mengutamakan penyelesaian isu penempatan penduduk di Kampung Delek dan Kampung Sungai Sireh termasuk menyedian kediaman baharu kepada mereka dahulu sebelum projek diteruskan.

Selain itu jelas Amirudin, pihaknya juga telah mengenal pasti 86 lot kubur yang terkesan bagi laluan projek sama.
 
“Orang pada masa ini mesti masih tertanya-tanya tentang isu ECRL di sebabkan ada kawasan perumahan dan kawasan perkuburan yang terkena.

“Setakat ini kita hanya bersetuju secara asas pembinaan laluan itu. Secara teliti, pihak ECRL datang kepada kita menyertakan pelan bagaimana untuk melalui kawasan-kawasan tersebut.

“… Saya pegang janji saya. Kita akan kenal pasti penyelesaian terbaik. Sementara ada masa ini, kita juga kenal pasti kawasan perumahan mana yang dibangunkan, yang mana kita boleh ganti tanah, rumah atau beli rumah dengan kos tertentu,” katanya.

Naib Presiden KEADILAN itu sebelumnya hadir ke Program Kita Selangor Penyayang di Flat Seri Perantau, Pelabuhan Klang, pada Sabtu.
 
Laluan ECRL di Selangor melibatkan jajaran sepanjang 90.72 kilometer melalui daerah Gombak, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Klang, kira-kira 100 penduduk Taman Sungai Sireh membantah keputusan kerajaan untuk membina landasan ECRL di kawasan terbabit.

K'jan negeri akan pastikan penduduk tak tertindas
"Pembinaan laluan (ECRL) di lokasi itu mungkin bermula pada 2025 atau 2026, maka kita (Kerajaan Selangor) mempunyai masa untuk berbincang dengan pihak tertentu.

"Kalau laluan tidak dialih, kita akan bagi rumah sesuai supaya hidup penduduk tidak terganggu… kerajaan negeri sedaya upaya elakkan laluan ini tetapi tidak ada jalan lagi," jelasnya.
 

Post a Comment

0 Comments