KERAJAAN sedang meneliti untuk meminda Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) 1981.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, langkah itu bagi memastikan tiada ahli lembaga pengarah Finas akan menerima geran dan manfaat daripada dana kerajaan atau agensi itu.
“Mereka yang memegang jawatan Ahli Lembaga Finas tidak boleh menerima sebarang geran atau manfaat daripada Finas dari segi kerjaya mereka.
"Jadi ini yang menjadi persoalan bagi ramai penggiat industri filem negara kerana persoalannya sekiranya mereka yang menjadi Ahli Lembaga Finas dari kalangan mereka yang telah pencen mungkin perubahan teknologi itu bergerak pantas adakah mereka mampu memahami perubahan-perubahan itu," katanya
Fahmi berkata begitu dalam satu sidang media di Kuala Lumpur pada Sabtu sebagai mengulas laporan Ketua Audit Negara (LKAN) baru-baru yang mendedahkan terdapat penyaluran Dana Kandungan Digital (DKD) berjumlah RM4 juta kepada syarikat yang mempunyai kepentingan dengan ahli atau jawatankuasa Finas.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Fahmi turut memberitahu terdapat keperluan untuk meminda Akta Perlindungan Peribadi (Akta 709) bagi mengekang kebocoran data pengguna.
Langkah itu jelasnya bukan hanya untuk memperkukuhkan akta berkenaan tetapi juga untuk memastikan bahawa semua organisasi yang mengendalikan data bertanggungjawab ke atas keselamatan data pengguna.
![]() |
K'jaan serius mahu atasi masalah scam |