UMAT Islam di Malaysia diajak memperbaharui tekad dan menginsafi ibrah daripada pengalaman Nabi Muhammad SAW melalui peristiwa Israk dan Mikraj.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui hantaran di laman Facebooknya berkata, rakyat Malaysia perlu bangkit lebih bertenaga, memulih maruah dan meningkatkan martabat rakyat.
Menyingkap sedikit sejarah peristiwa luar biasa dilalui Rasulullah pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 kerasulan Baginda, Anwar berkata peristiwa itu merupakan suatu permusafiran ruhaniyyah yang dihadiahkan Allah SWT kepada Nabi Muhamad SAW.
Ia tatkala baginda diuji berat dengan pemergian isteri Sayidatina Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib.
“Maruah dihina dalam episod getir di Taif hampir menjatuhkan semangat junjungan Baginda, namun ternyata kembali pulih sepulangnya Rasulullah dari Sidratul Muntaha, sambil menggalas amanah baharu untuk membebaskan umat daripada belenggu kejahilan.
![]() |
PM ajak umat Islam menginsafi Israk Mikraj |
Sempena memperingati peristiawa penting umat Islam itu juga, beliau berdoa semoga Malaysia akan terus beroleh keredhaan Allah SWT.
0 Comments