Presiden PAS ditegur lepas tuduh Eropah tak bantu Turkiye

 



PRESIDEN  PAS, Abdul Hadi Awang digesa berhati-hati ketika membuat dakwaan supaya tidak memalukan diri sendiri.

Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Razeef Rakimin memberi peringatan itu susulan tuduhan Ahli Parlimen Marang itu yang mendakwa negara Eropah tidak menunjukkan usaha membantu Turki yang dilanda gempa bumi baru-baru ini.

Melalui satu kenyataan media, Razeef membetulkan kenyataan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dengan menegaskan sehingga hari ini sebanyak 92 negara termasuk Eropah telah menghantar bantuan ke Turkiye.

"Sebagai makluman setakat 7 Februari sahaja, Eropah melalui insiatif 'EU Civil Protection Mechanism' telah menghantar 1150 petugas mencari dan menyelamat serta 70 ekor anjing penyelamat dari 19 negara Eropah.

Abdul Hadi patut semak fakta sebelum tuduh

Jadi dari manakah maklumat yang Hadi Awang perolehi sehingga beliau mendakwa negara Eropah tidak membantu?

Kenyataan Hadi Awang sangat memalukan apatah lagi kedudukan beliau selaku Presiden Parti Islam," katanya.

Abdul Hadi dalam kenyataan di Twitternya selain menuduh negara Eropah tidak membantu mendakwa negara-negara itu lebih cenderung membantu Ukraine yang berperang dengan Rusia semata-mata mahu mempertahankan kedudukan mereka.

Post a Comment

0 Comments