Chritina Liew puji langkah selesai isu kewarganegaraan

 


SEORANG pemimpin kerajaan Negeri Sabah menyampaikan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan susulan keputusan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membenarkan anak kepada anak yang lahir di luar negara oleh ibu warga Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara.
 
Datuk Christina Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dalam satu kenyataan berkata, perjuangan panjang untuk memberi keadilan kepada anak-anak tersebut akhirnya diselesaikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita memuji keputusan ini kerana sekian lama ia menyebabkan kebimbangan kepada semua golongan wanita berkaitan.

"Kini, hanya kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mampu mencapai keputusan yang ditunggu-tunggu ini," katanya.

Pada Sabtu lalu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan keputusan kerajaan itu.
 
Saifuddin berkata, ia akan dilakukan menerusi cadangan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dengan menggantikan perkataan ‘bapanya’ dalam Bahagian I dan Bahagian II Jadual Kedua dengan perkataan ‘sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya’ bagi membolehkan ibu warga Malaysia mendapat hak menurut Perlembagaan Persekutuan.

Kesungguhan politik k'jaan dihargai
Sementara itu Christina yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Sabah berkata, keputusan kerajaan itu bukan sahaja kemenangan kepada ibu warganegara Malaysia yang terkesan dengan isu kewarganegaraan anak mereka.

Ia juga merupakan satu pengiktirafan kepada wanita di negara ini yang telah berhadapan dengan ketidakadilan gender walaupun wujudnya undang-undang yang melarang diskriminasi dalam gender.

Post a Comment

0 Comments