PLSB Sungai Golok diselaras semula untuk kurangkan impak banjir


PELARASAN
terhadap projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 yang sedang dalam pembinaan telah bagi mengurangkan impak banjir terhadap kawasan sekitarnya, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pelarasan dilaksana Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu melibatkan beberapa perkara teknikal bagi memastikan aliran air dari Sungai Lanchang ke Sungai Golok dapat mengalir keluar dengan lebih baik.

Langkah itu dibuat selepas pihaknya mendengar pandangan penduduk kampung di sekitar lokasi berkenaan yang terpaksa berdepan dengan masalah banjir sejak projek tersebut bermula.
 
"Kita kena ambil maklum juga projek ini belum siap sepenuhya, jadi memang ada perkara-perkara dibangkitkan.

"Ada dibuat pelarasan berdasarkan pandangan penduduk dan memandangkan ia tidak siap sepenuhnya timbul beberapa masalah di peringkat proses pembinaan.

"Semua perkara ini kita bangkitkan selepas lawatan saya tempoh hari, saya telah memanggil pihak JPS dan sebab itu mereka terus mengambil inisiatif melakukan beberapa penyesuaian untuk sekurang-kurangnya mengatasi masalah tersebut di Kampung Tersang dan kawasan sekitar," katanya.

Langkah untuk kurangkan impak banjir
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri (MPN) Kelantan dan Terengganu berkaa begitu semasa pertemuan dengan ahli Kelab Media Kelantan Darulnaim (Kemudi) semasa rangka lawatan ke negeri Kelantan.

PLSB Sungai Golok bertujuan mengelak masalah banjir termenung dan bah besar di kawasan itu pada masa hadapan.

Projek Fasa 1 melibatkan hilir Lembangan Sungai Golok di Jajahan Tumpat dan sebahagian di Jajahan Pasir Mas dengan peruntukan berjumlah RM656 juta.


Post a Comment

0 Comments