KERAJAAN akan meningkatkan pendigitalan terutama dalam sektor perkhidmatan yang menjadi penghubung utama dalam proses libat urus sektor perniagaan.
Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli berkata, langkah itu penting bagi memastikan Malaysia mampu memacu ekonomi digital yang kompetatif dan berdaya tahan.
"Jadi untuk mendigitalkan masyarakat dan menaik taraf ekonomi kita, kerajaan perlu cepat dan deras, itu tidak cukup dengan hanya contohnya menawarkan khidmat melalui laman web.
"Keseluruhan khidmat kerajaan itu mestilah berdasarkan proses digital", katanya kepada media.
![]() |
Usaha jadikan khidmat lebih mampan |
Sementara itu tambahnya, kerajaan akan turut meningkatkan pendigitalan secara menyeluruh dengan mempercepatkan inisiatif MyDigital.
Kesan pelaksanaan pendigitalan di peringkat kerajaan secara menyeluruh akan turut melonjakkan pertumbuhan sektor swasta termasuk peluang pekerjaan.