LAWATAN kerja Perdana Menteri ke Thailand mampu memberikan gambaran lebih baik mengenai Islam terutamanya dalam konteks salah faham dan Islamofobia di negara itu.
Keyakinan itu disuarakan Presiden Angkatan Belia Islam Maaysia (ABIM), Faisal Aziz dipetik satu temubual bersama Astro Awani.
Menurut Faisal, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sosok pemimpin berkaliber yang mampu membawa imej Islam yang dilihat lebih sederhana.
“Kekuatan Malaysia, Perdana Menteri dan juga diaspora Malaysia di sana ialah untuk menjernihkan salah anggap atau Islamofobia oleh segelintir komuniti masyarakat bukan Islam di Thailand.
“Kalau kita lihat konflik yang berlaku di wilayah-wilayah selatan Thailand pasti akan mendorong lebih banyak sentimen anti kepada Islam. Jadi lawatan Perdana Menteri bersama juga diaspora Malaysia dapat sedikit sebanyak menjernihkan Islamofobia itu dalam kalangan masyarakat Thailand,” katanya.
Menurut Faisal, hubungan Malaysia dan Thailand juga perlu dilihat dari susur galur sejarah ketemadunan kedua-duanya yang diasaskan oleh dua agama utama iaitu Islam dan Budha.
![]() |
Anwar bawa imej pemimpin Islam sederhana |
ni.
Justeru kehadiran Anwar adalah penting dalam mencipta naratif baharu sebagai usaha menolak salah tanggapan terhadap imej Islam.
0 Comments