Pasukan khas tangani isu ketirisan subsdi diesel ditubuhkan

 



KERAJAAN telah menubuhkan pasukan bertindak khas bagi menangani isu ketirisan subsidi diesel hampir RM10 bilion.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pasukan khas itu diketuai Ketua Setiausahanya Datuk Azman Mohd Yusof dan arahan telah dikeluarkan bulan lepas bagi meminta pasukan tersebut segera bertindak.

"KSU (Azman) sejak sebulan lepas bersama Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam telah meronda dan melihat logistik di semua lokasi penting khususnya kawasan pedalaman termasuk Sabah serta Sarawak.

"KPDN khuatir di situlah banyak berlaku ketirisan diesel selain di pangkalan nelayan yang dikhuatiri turut berlaku ketirisan diesel untuk nelayan,” katanya dalam satu program di Johor Bahru semalam.

Mengulas lanjut beliau berkata, menerusi Ops Terjah yang dilaksana sebelum ini, pihaknya telah membuat beberapa tangkapan dalam mengekang ketirisan subsidi.

Malah KPDN kini mempunyai 2,100 anggota penguat kuasa di seluruh negara yang akan menyambut cabaran meminimumkan ketirisan diesel.

Kerajaan serius benteras penyelewengan
Sementara itu, beliau ketika ditanya apakah prosedur mendapatkan diesel bersubsidi akan diperketatkan berkata, kementeriannya akan meneliti semula data ketirisan diesel dengan terperinci sebelum membuat keputusan lanjut.

"Data berkenaan (ketirisan diesel) kita perlu teliti dan periksa untuk dikemas kini terlebih dahulu.

"Sebarang langkah lanjut memerlukan kerjasama dengan kementerian lain terutama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang memberi diesel kepada nelayan," katanya.

 
 

Post a Comment

0 Comments