KOMITEN semua pihak diperlukan untuk menjayakan usaha menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2026.
Parti Keadilan Rakayat (KEADILAN) Cabang Kemaman dalam satu kenyataan berkata, cita-cita menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi telah lama dibincangkan, namun beberapa pentadbiran terdahulu masih gagal mencapainya.
"KEADILAN Kemaman berkeyakinan dengan pentadbiran negara sekarang yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,sasaran negara berpendapatan tinggi dapat dicapai.
Namun begitu komitmen semua pihak haruslah dipacu secara menyeluruh beserta dengan tatakelola yang baik.Perkara ini harus menjadi keutamaan dalam mencapai sasaran ini," kata kenyataan itu.
Keyakinan itu disuarakan susulan kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada Rabu yang berkata Malaysia akan menjadi negara berpendapatan tinggi seawal 2026.
Ia sekiranya dua faktor utama iaitu kadar pertukaran mata wang asing serta pertumbuhan ekonomi tahunan yang kekal sekitar 4 hingga 5 peratus.
Melalui negara berpendapatan tinggi, Malaysia juga akan mampu menjadi antara pemain utama ekonomi serantau.
"Ini akan beri lebih banyak manfaat untuk rakyat dalam meningkatkan taraf hidup dan juga membasmi kemiskinan.
"Justeru KEAADILAN Kemaman sentiasa menjadi pendokong utama terhadap dasar-dasar kerajaan yang memberi manfaat kepada rakyat dalam mengangkat martabat insan selaras dengan apa yang digariskan dalam Malaysia Madani," tambah mereka lagi.
Untuk rekod, dalam sidang medianya, Rafizi menegaskan bahawa kerajaan mahu merancang ekonomi dengan mengambil kira keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan peningkatan gaji supaya ia tidak hanya nampak gah pada angka semata-mata.
![]() |
K;jaan mahu pastikan bukan sekadar pertumbuhan angka |
“Contohnya, pertumbuhan pada 2022 nampak tinggi, iaitu 8.7 peratus. Namun, kita juga sedar masalah inflasi perlu ditangani dan tahap raji rakyat masih berada pada paras yang belum sampai pada peringkat yang sepatutnya,” ujar Rafizi.
0 Comments