SEBUAH Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkaitan kesihatan awam perlu ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah kekurangan petugas kesihatan awam.
Ahli Parlimen Segamat R Yuneswaran membuat cadangan itu melalui satu kenyataan susulan rasa kecewa sekumpulan kakitangan perubatan terhadap isu berkaitan sistem kesihatan negara yang mahu diterjemah mereka melalaaui mogok.
Ahli Majlis Tertinggi KEADILAN itu berkata, dengan kerumitan sektor kesihatan awam, penubuhan Jawatankuasa itu penting bagi mengelakkan kumpulan itu dijadikan sebagai alat politik bagi sesetengah pihak yang hanya tahu mengkritik, mengherdik dan menunding jari kepada menteri mahupun ketua pengarah kesihatan.
"Kegawatan itu tidak boleh diselesaikan dengan perasaan amarah yang didorong dengan tindak tanduk yang boleh merencatkan apa jua usaha ke arah menambah baik ekosistem sektor kesihatan awam.
"Saya mengharapkan agar pewujudan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan kesihatan awam dapat disegerakan," katanya.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa baru-baru ini mengajak pekerja kesihatan yang berhasrat mengadakan mogok bersemuka dengannya bagi menyelesaikan masalah mereka.
Menurutnya, dengan latar belakang seorang doktor, beliau memahami kekecewaan yang dihadapi golongan itu dan beliau sendiri mempunyai tekad untuk segera menyelesaikannya.
Ketika mengulas gesaan agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyerap semua kakitangan kesihatan - termasuk doktor - yang berkhidmat bukan secara tetap menjadi kakitangan awam, beliau menjelaskan ada kekangan dana serta keterbatasan perjawatan untuk perkara itu direalisasikan walaupun kementerian sendiri ada hasrat mengenainya.
Sementara itu, Yuneswaran ketika mengulas cadangannya itu berkata, Jawatankuasa Parlimen yang akan dibentuk itu nanti boleh merangkumkan idea, pandangan serta komentar ahli-ahli Dewan Rakyat yang dipilih untuk menganggotai jawatankuasa tersebut.
Bagaimanapun, dia berkata jawatankuasa itu tidak perlu diberi kuasa "mandate to execute”.
"Sekurang-kurangnya Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut dapat memikirkan ‘ubat’ sementara yang boleh meredakan sedikit kesesakan hospital yang diakibatkan oleh masalah kekurangan petugas," katanya.

![]() | |
Elak petugas kesihatan jadi alat politik |

0 Comments