Usaha iktiraf UEC bukan keutamaan, Fadlina jawab Abdul Hadi


KERAJAAN
tidak melihat usaha mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai keutamaan ketika ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Khamis berkata, pendirian itu berikutan Kementerian Pendidikan (KPM) masih berpegang teguh pada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996.

"Sehingga kini KPM tidak mengiktiraf UEC yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC), dan KPM tidak melihat isu berbangkit tentang perkara itu sebagai keutamaan.

"Pendirian ini berlandaskan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan 1996 yang sentiasa menjadi pegangan KPM," katanya.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakya (KEADILAN) itu menjawab soalan Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) yang bertanya apakah pendirian kementerian itu terhadap pengiktirafan UEC.

Abdul Hadi dalam soalan sama turut memohon penjelasan mengenai permohonan untuk menginstitusikan peruntukan kepada SMPC.

"KPM hanya menyalurkan peruntukan kepada kategori institusi pendidikan kerajaan dan bantuan kerajaan saja.

Tiada rancangan iktiraf UEC
"Dalam konteks ini, SMPC bukan sebahagian daripada institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 16 Akta Pendidikan 1996.

"Oleh itu, KPM tiada obligasi untuk memperuntukkan atau menginstitusikan sebarang sumbangan modal atau sumbangan bantuan penuh kepada SMPC," katanya bagi menjawab soalan Presiden Pas itu.
 

Post a Comment

0 Comments