MENTERI Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad menolak dakwaan bahawa kadar tarif perkhidmatan pembentungan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) telah dinaikkan secara diam-diam.
Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Loji Rawatan Kumbahan Berpusat Langat dan Taman Eko Langat pada Rabu, Nik Nazmi berkata, kenaikan itu telah dimaklumkan kepada orang ramai sejak tahun lalu.
"Keputusan ini dibuat kerajaan terdahulu dan telah dimaklumkan tentang kenaikan caj Indah Water tersebut.
"Cuma mungkin pada masa tersebut, belum dapat bil kerana dia efektif pada 1 januari 2023 dan saya faham bila bil tu sampai, perkara tersebut menjadi tular", katanya.
Malaysiakini dalam laporannya baru-baru ini berkata, ada segelintir pengguna meluahkan rasa kurang senang kerana perlu membayar lebih 25 peratus lebih tinggi dari biasa bagi caj perkhidmatan pembetungan bulanan masing-masing.
![]() |
Nik Nazmi nafi caj naik senyap-senyap |
Difahamkan keputusan bagi meningkatkan kadar caj itu diluluskan kabinet Ismail Sabri pada April 2022.
KASA berkata kenaikan caj itu perlu kerana Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) - syarikat pengurusan pembetungan nasional - tidak menaikkan kadar caj sejak 1994.
0 Comments