Cadangan turun kadar cukai jalan perlu kajian menyeluruh, kata menteri


KAJIAN
menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa keputusan dibuat terhadap cadangan menurunkan kadar cukai jalan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kutipan cukai jalan menyumbang kira-kira RM3 bilion kepada hasil kerajaan dan langkah penurunan cukai itu akan memberi implikasi kepada kutipan hasil negara.

"Kita akan pertimbangkan bagaimana struktur penetapan harga cukai jalan itu dilakukan dan ditetapkan, perlu satu kajian yang menyeluruh untuk melihatnya,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pengangkutan (MOT) di Dewan Rakyat pada Rabu.

Ahli Parlimen Seremban itu menjawab celahan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) berhubung kemungkinan kerajaan menurunkan kadar cukai jalan ketika negara kini berada di fasa pemulihan ekonomi dan rakyat menghadapi kos sara hidup yang tinggi.
Akan beri impak kewangan kepada k'jaan

Sementara itu beliau turut memberitahu, kerajaan sedang mengkaji untuk memanjangkan tempoh maksimum pembaharuan lesen memandu sehingga sepuluh tahun berbanding lima tahun sekarang.

Untuk tujuan itu Loke berkata pegawai-pegawai di kementeriannya telah diminta mengemukakan kertas cadangan berkaitan perkara itu.

Melalui cadangan itu jelasnya, potongan harga juga mungkin boleh diberikan bagi menggalakkan orang ramai memperbaharui lesen memandu untuk tempoh yang lebih panjang.


Post a Comment

0 Comments