Anwar kutuk kebiadaban rejim Israel


PERDANA MENTERI
Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili Malaysia menyatakan pendirian mengutuk keganasan rejim Israel terhadap warga Palestin.

Ketegasan itu dinyatakan Anwar melalui satu kenyataan media  kenyataan media susulan insiden serangan terbaru rejim kepada tahanan di kem pelarian Jenin di Tebing Barat.

"Malaysia merakamkan rasa simpati, takziah dan mendoakan kepada keluarga ramai rakyat Palestin terbunuh dan cedera kerana pencerobohan Israel baru-baru ini di kem pelarian Jenin.

"Malaysia terus bersolidariti dengan rakyat Palestin dan menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi kepada mereka dan perjuangan mereka untuk mencapai kebebasan daripada pendudukan haram Israel sekali gus merealisasikan aspirasi mereka untuk menjadi negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara," kata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.

Pada 26 Januari lalu, kem pelarian Jenin di Wilayah Tebing Barat dihujani peluru berikutan serbuan pasukan keselamatan Israel yang mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan penduduk Palestin.

PM tuntut masyarakat antarabangsa kutuk Israel
Sementara itu dalam kenyataan sama, Anwar  menggesa masyarakat antarabangsa supaya memastikan rejim Israel bertanggungjawab ke atas jenayah ini dan meminta rejim itu menghentikan serta-merta tindakan kejam dan ganas itu.

“Malaysia menyeru kepada semua pemimpin dunia berfikiran wajar dan mereka yang merdeka supaya mengutuk pembunuhan warga Palestin oleh pihak berkuasa Israel,” katanya.

Post a Comment

0 Comments