Logo Malaysia Madani diperkenalkan


PERDANA MENTERI
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsikan logo Malaysia Madani di laman sosialnya pada Khamis.
 
Berdasarkan infografik yang dikongsikan itu, logo tersebut mempunyai reka bentuk seakan tapak tangan dan ia diasaskan daripada empat warna Jalur Gemilang.

Empat warna yang digunakan untuk logo berkenaan iaitu biru, melambangkan kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan; merah (keberanian, jati diri dan keazaman); kuning (nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan; manakala putih (keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni).

Melalui perincian dalam hantaran itu, Lima jari dengan jalur merah putih yang ditonjolkan dalam logo tersebut merupakan simbolisme kepada Rukun Negara- yang merupakan asas ideologi Malaysia.

Manakala bulatan “tapak tangan” berwarna biru pula adalah mewakili semangat kebulatan, muafakat dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Selain itu, bulan sabit adalah simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan turut dijadikan salah satu elemen logo itu, selain bintang berbucu 14 yang melambangkan perpaduan dalam kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.

Pada 19 Januari lalu, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu melancarkan konsep Malaysia Madani sebagai panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik bagi mentadbiran yang lebih manusiawi.

Malaysia Madani berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.

Konsep Malaysia Madani akan laksana sebaiknya
Ia bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban  juga sebagai kerangka pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan.

“Kita pastinya berusaha agar nilai-nilai ini digerak serta dilaksana sebaiknya,” katanya Anwar dalam hantaran tersebut.


Post a Comment

0 Comments