Persahabatan peribadi PM dan Sultan kukuh hubungan M'sia-Brunei


PERSAHABATAN peribadi antara Perdana Menteri dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah diyakini akan membantu mempercepatkan pelaksanaan pelbagai perancangan melibatkan kedua-dua negara.

Keyakinan itu dinyatakan Datuk Seri Anwar kepada media Malaysia pada akhir lawatan dua hari beliau ke Brunei di Bandar Seri Begawan hari ini.

“Bila kepimpinan negara dengan persahabatan yang erat...(jika ada perancangan) saya akan tanya progres, akan pantas (pelaksanaannya).

“Tuanku banyak tengok dan mengikuti perkembangan (di Malaysia). Hubungan persahabatan itu penting, hubungan kita baik...aspek peribadi.

"Sepanjang saya dalam kesusahan, Tuanku sering lahirkan keprihatinan,” katanya dipetik Bernama.

Terdahulu Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawa.  

Pada pertemuan itu, Perdana Menteri dan Sultan Brunei kemudian menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dengan Agensi Pelaburan Brunei (BIA).

Tuurt dibincangkan adalah isu seperti pembangunan persempadanan harus dipesatkan selain pelaburan ditingkatkan.

“Ini untuk rakyat...perniagaan, pelaburan itu penting. Baginda tekankan (kerjasama dengan) BIA disegerakan untuk lihat peluang dan kesempatan, kesesuaian pelaburan. Ketiga, baginda tekankan kemungkinan segerakan isu berkaitan cari gali minyak membabitkan Petronas jika perlu, untuk kawasan-kawasan dibuat secara Joint Development Authority (JDA),” katanya.


Isu pelaburan dan sempadan negara dibincangkan
Turut dibincangkan pada pertemuan itu adalah soal kepentingan Sabah, Sarawak dan Brunei terkait pembangunan ibu kota baru Indonesia, Nusantara.


Perdana Menteri berkata, diharapkan adanya sinergi kepentingan Malaysia terutama di sempadan Sabah dan Sarawak.

“ ….melibatkan peruntukan tambahan, lalu lintas pelancongan, pergerakan tiga negara (Malaysia, Indonesia dan Brunei), insentif kerajaan Sarawak untuk teruskan jalan darat. Tuanku teruja, yakin dapat tingkatkan hubungan kerjasama,” katanya.
 

Post a Comment

0 Comments