B40 perlu dibantu, namun M40 takkan dipinggirkan - PM


BELANJAWAN 2023
yang akan dibentang semula bulan depan akan memenuhi keperluan setiap lapisan rakyat dan kumpulan masyarakat termasuk golongan M40.

Jaminan itu diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui media di akhir lawatan dua hari ke Brunei pada Rabu.

“Di bawah (pentadbiran) saya, (M40) tidak dipinggirkan. B40 penting, tapi M40 juga kita akan berikan perhatian,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, setakat ini isu kandungan Belanjawan 2023 masih diperincikan dan belum diputuskan sepenuhnya.

“Belum siap lagi (Belanjawan 2023), inilah masalahnya. Sarawak minta (peruntukan), Sabah pun minta (peruntukan)," jelas pada sidang media yang turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Pada 17 Januari lalu, Anwar dilaporkan berkata Belanjawan 2023 yang bakal dibentang semula tidak akan terikat dengan perkara yang dibentang oleh kerajaan terdahulu.

 PM janji tak akan abai M40 dalam belanjawan
Bagaimanapun beliau berkata, cadangan yang dibuat dalam pelan belanjawan terdahulu akan diambil kira dalam perangkaan Belanjawan baharu

Belanjawan kali ini dijangka lebih terarah kepada usaha menjana semula ekonomi tempatan dengan tumpuan diberikan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor berimpak tinggi seperti teknologi, pertanian dan tenaga boleh baharu serta mempunyai keupayaan eksport.

Post a Comment

0 Comments