DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) didesak mengambil pendekatan lebih serius untuk menjayakan visi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membersihkan dan mengindahkan gerai di ibu kota.
Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) menyatakan rasa kesal apabila DBKL dakwa mereka belum berjumpa dengan wakil gabungan itu untuk perbincangan lanjut mengenai usaha itu.
"Saya sudah menghantar surat kepada DBKL untuk mengaturkan pertemuan dengan datuk bandar tetapi sehingga kini belum ada balasan.
"DBKL juga tidak pernah berbincang dengan kami mengenai hala tuju penjaja kecil. Bagi saya, mereka tidak serius untuk menjalankan amanat Perdana Menteri.
"DBKL tidak boleh bekerja secara bersendirian. Kami sedia untuk bekerjasama," kata Ketua Penerangannya, Dr Ammar Hassan seperti dilapor Berita Harian.
Disember lalu, Anwar menegaskan Kuala Lumpur tidak sahaja harus kelihatan indah dengan bangunan dan gedung besar diberi keutamaan, namun golongan penjaja dan peniaga kecil juga harus mendapat hak dan keselesaan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
Susualn itu beliau memberi tempoh tiga bulan kepada DBKL untuk mengemuka cadangan mengindahkan gerai penjaja di bandar raya ini.
"Saya mencadangkan supaya pertandingan kebersihan dapat dilakukan di antara gerai di ibu kota. Bagi merealisasikan kedua-dua cadangan ini, satu perbincangan bersama DBKL perlu dilakukan bagi menunaikan hasrat Perdana Menteri," kata Ammar.
GPPPKMM rancang bertemu Perdana Menteri |
"Saya yakin Perdana Menteri juga sama macam kita. Beliau tidak kekok untuk makan di warung ataupun gerai," katanya.
0 Comments