SEMUA kemudahan perubatan dan kesihatan awam di seluruh negara akan ditambahbaik, kata Dr Zaliha Mustafa.
Zaliha ketika bercakap kepada pemberita selepas satu menghadiri satu program sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Segamat pada Sabtu berkata, usaha penambahbaikan itu kini menjadi fokus Kementerian Kesihatan (KKM).
“Kita akan fokus pada tambah baik, meningkatkan fasiliti di hospital dan juga di pusat kesihatan atau fasiliti KKM termasuk di Sabah dan Sarawak.
"Setakat ini kita belum memikirkan pembinaan hospital baharu, yang masih dalam pembinaan, kita akan teruskan," jelas Ahli Parlimen Sikijang itu.

Dipercayai keputusan itu dibuat setelah Zaliha sendiri membuat lawatan mengejut bagi melihat situasi sebenar dihadapi pengunjung kemudahan kesihatan awam kerajaan.
Sebelum ini Zaliha menarik perhatian ramai apabila dikesan membuat lawatan mengejut ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang>
Melalui sekeping gambar yang tular, Zaliha yang berpakaian kasual dan berpelitup muka dilihat berbual dengan beberapa pesakit dan orang awam yang berada di ruang jabatan kecemasan hospital berkenaan.

Susulan pujian warganet di media sosial, seorag pegawai menteri kemudian menjelaskan kehadiran Zaliha adalah untuk mendapatkan maklum balas mereka tentang perkhidmatan terutama isu waktu menunggu yang lama di jabatan kecemasan.
Sementara itu, Zaliha ketika diminta mengulas mengenai situasi COVID-19 ketika ini berkata, situasi semasa masih terkawal.
KKM juga jelasnya tidak menjangkakan kenaikan mendadak kes Covid-19 ketika sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Bagaimanapun jelasnya, kementerian akan terus memantau secara rapat perkembangan kes seluruh negara setiap hari.
“Kita ada pengalaman dengan perayaan sebelum ini dan terakhir Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), walaupun kita jangka ada peningkatan tetapi tidak. Bagaimanapun, kita tetap berhati-hati,” katanya.
Sepanjang rangkuman 7 Januari - 13 Januari 2023, jumlah kes harian baharu adalah sebanyak 2,809 kes, susut sekitar 12 peratus berbanding 3,173 kes pada rangkuman mingguan 31 Disember 2022 hingga 6 Januari 2023.
Sementara itu, Zaliha ketika diminta mengulas mengenai situasi COVID-19 ketika ini berkata, situasi semasa masih terkawal.
KKM juga jelasnya tidak menjangkakan kenaikan mendadak kes Covid-19 ketika sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Bagaimanapun jelasnya, kementerian akan terus memantau secara rapat perkembangan kes seluruh negara setiap hari.
Kemudahan sedia ada akan diperkukuh |

0 Comments