Kerajaan banyak kerja, tak ada masa layan karenah pengkritik


KERAJAAN
Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar akan terus fokus melaksanakan tanggungjawab dan amanah membangun semula negara ini walaupun berdepan kerenah pihak tertentu yang cuba mempertikai dasar dilaksanakan.

Berucap pada program minum petang bersama rakyat di Lembah Makanan Bandar Perda di Bukit Mertajam pada Isnin, Perdana Menteri tanpa memperincikan pihak yang dimaksudkannya berkata, kerajaan mempunyai banyak tugas yang perlu ditumpukan dan bukan semata-mata melayan kerenah pihak terbabit.

"Tak payahlah kita nak layan semua kerenah dia. Kita tak ambil gaji pun dia marah, ambil gaji kata tinggi sangat, ini masalah orang-orang politik yang tidak diperingatkan untuk apa kita ini berjuang dan memimpin.

Pemimpin itu kita menunjukkan contoh yang baik, siapa tidak mahu kemudahan, saya pun mahu tetapi kita perlu memikirkan tanggungjawab bahawa rakyat yang lain susah," katanya.

Sementara itu dalam ucapannya Anwar terus mengingatkan pemimpin kerajaan agar terus menunjukkan teladan baik dan menghentikan perkara yang boleh merosakkan negara.

Tak wajar buang masa layan karenah pengkritik
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada menteri-menteri, timbalan menteri dalam kerajaan, kita nampak sepakat. Saya kata turun gaji, mereka potong gaji, saya kata jimat belanja, (mereka) jimat.

"Saya kata hendak setiusaha sulit pejabat menteri mesti ambil pegawai tadbir dan diplomatik, tak boleh ambil orang politik. Orang politik ada peranan, penjawat awam ada juga peranannya. Barulah negara ini kita boleh bangkitkan dan bangunkan semula," katanya.

Post a Comment

0 Comments