Anwar mampu cipta 'magis' untuk negara


KETUA MENTERI
Pulau Pinang, Chow Kon Yeow melahirkan rasa yakin bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar mampu mencipta ‘magis’ dalam kepimpinan negara.

Kon Yeow pada Majlis Rumah Terbuka anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada Isnin berkata, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu yang mempunyai latar belakang dan pengalaman luas dalam politik juga telah membuka lembaran baharu dalam pembentukan Malaysia Madani.

”Berbekalkan latar belakang dan pengalaman yang beliau ada, kita percaya kepimpinan Perdana Menteri mampu mencipta magis kepada negara,”

“Saya dan barisan kepimpinan kerajaan negeri akan terus menyokong visi dan dasar baharu yang dirumus oleh Perdana Menteri bagi mencipta lonjakan baharu kepada negara dan negeri,' jelasnya.

Perdana Menteri pada 19 Januari lalu melancarkan konsep Malaysia Madani dalam usaha membina martabat negara semula yang makmur dan dikenali pada masa depan.

Dalam ucapannya, beliau menjelaskan istilah Madani merujuk kepada tatakelola yang adil dan berkesan dalam sejarah umat Islam bermula di Madinah.

Konsep itu jelasnya dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW dan didukung oleh warganya yang berbilang kaum dan agama masyarakat dalam mengacu pada dasar-dasar manfaat buat warganya yang disebut al-khayr.

Selain Kon Yew, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg sebelum ini turut menyatakan keyakinan serupa terhadap Anwar.

Anwar diyakini mampu lonjak semula negara
Ketika berucap bagi meraikan lawatan rasmi pertama Anwar ke Sarawak sebagai Perdana Menteri pada minggu lalu, Abang Johari berkata pengalaman luas Anwar mampu meningkatkan martabat Malaysia di mata dunia.

Dengan latar belakang politik yang disegani, Anwar jelasnya berkeupayaan menjadi Perdana Menteri yang akan meletakkan Malaysia sebagai negara tersohor dan dihormati.



Post a Comment

0 Comments