Jeo Biden ucap tahniah kepada Perdana Menteri


PERDANA MENTERI
, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menerima ucapan tahniah daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

Ia berikutan pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu sebagai Perdana Menteri ke-10.

Melalui surat bertarikh 24 Januari itu, Biden menyatakan keyakinannya bahawa dedikasi Anwar terhadap perkhidmatan awam akan membantu keamanan dan kemakmuran rantau ini.

Beliau turut menyatakan, hubungan antara Malaysia dan AS dibina atas asas ekonomi, keselamatan serta hubungan antara manusia yang kuat, yang turut membantu mengukuhkan kebebasan, keselamatan dan kemakmuran di rantau Indo Pasifik.

Atas dasar itu beliau menyatakan komitmen untuk mengeratkan lagi hubungan dengan Malaysia, termasuk dalam bidang ekonomi digital, krisis iklim dan keselamatan tenaga.

"Pada tahun-tahun akan datang, saya berharap untuk bekerjasama dengan lebih erat - termasuk bekerjasama membina pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan rantaian bekalan yang berdaya tahan melalui rangka kerja ekonomi indo-pasifik.

"Bersama-sama, kita dapat memajukan wilayah yang bebas, terbuka, selamat dan makmur yang memberi manfaat kepada kedua-dua rakyat kita," kata surat beralamat di White House, Washinton dan ditandatangai Biden itu.
 
Sementara itu melalui surat sama, Biden turut memuji rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam proses demokrasi pada pilihan raya lalu.

Jelasnya, ketika demokrasi di dunia berdepan cabaran, pilihan raya di Malaysia sebaliknya telah mempamerkan keutuhan demokrasi.



A.S mahu erat hubungan dengan Malaysia

Kesungguhan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya yang lalu jelas Biden telah memberi inspirasi kepada orang ramai di seluruh dunia untuk melaksanakan tugas asas mereka sebagai pengundi.


"Saya tidak sabar untuk bekerja rapat dengan beliau bagi faedah bersama rakyat kita," kata Anwar di laman Facebooknya sebagai mengulas surat itu
 

Post a Comment

0 Comments