Isu kesesakan di kuanter Imigresen ditangani

 


KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) sentiasa berusaha memastikan isu kesesakan di kuanter Imigresen dapat diatasi bagi memastikan urusan berkaitan pasport dapat berjalan lancar.

Menterinya, Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, masalah berkaitan kesesakan itu telah dibincangkan pada mesyuarat khas yang diadakan pada Rabu dan baberapa beberapa langkah awal bagi mengatasi masalah kesesakan itu telah diputuskan.

Bermula hari ini jelasnya, sebanyak 20 Pejabat Pengeluar pasport selain daripada Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan beroperasi tujuh hari seminggu, kementerian turut akan menambah mesin pencetak pasport di pejabat yang sesak dan mempunyai kadar pengunjung tinggi.

“Langkah awal lain yang turut diambil adalah penambahbaikan sistem temu janji dalam talian yang akan diberi tarikh dan masa berserta nombor giliran,” katanya dalam kenyataan.

Saifuddin dalam kenyataan turut mengulas isu kesesakan melibatkan pelawat asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurutnya, kesesakan itu berpunca daripada ketibaan kira-kira 20 hingga 26 pesawat secara serentak dalam jarak masa antara lima hingga 10 minit ketika waktu puncak.

Masalah itu jelasnya turut disumbangkan  prosedur ditetapkan bagi memastikan pelancong asing tulen yang memenuhi syarat Pas Lawatan Sosial sahaja dibenarkan masuk.

Isu kesesakan di KLIA turut diberi perhatian
"Sehubungan itu, kerajaan akan mengkaji perluasan penggunaan pagar automatik (autogate) kepada pelawat dari 10 negara berisiko rendah selain mewujudkan dua kumpulan ‘Quick Response Team’ (QRT) yang mula beroperasi 1 Feb bagi membantu pegawai di kaunter semasa waktu puncak.

“Saya menghargai peranan pegawai-pegawai Jabatan Imigresen Malaysia yang memberikan komitmen dalam tugasan ini dan saya mengalu-alukan cadangan serta pandangan masyarakat bagi mencari jalan keluar agar isu ini tidak dibiarkan berterusan,” katanya dalam kenyataan.

Post a Comment

0 Comments