Jangan guna kedudukan untuk punggah kekayaan, tegas Perdana Menteri


MALAYSIA bukan tempat untuk seseorang pemimpin negara menggondol kekayaan bagi kepentingan diri sendiri  tegas Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan amanat tahun baru semasa menghadiri program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra pada Sabtu menegaskan akan menamatkan amalan rasuah yang didakwanya menggunakan kepimpinan politik dan kedudukan dalam kerajaan sebagai “kesempatan untuk memunggah kekayaan."

Beliau tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemimpin yang cuba mengambil kesempatan dari kedudukan.

“Rakyat biasa dapat upah RM40 pun sukar, maka kita tidak akan izinkan yang mendapat RM4 juta satu hari memunggah kekayaan negara.

"Saya nak sebut bahawa sikap kita jelas negara ini negara hukum, badan penguatkuasaan diberi kuasa sepenuhnya untuk memantau,"

“Ini tugas bersama, tugas umat dan rakyat Malaysia bukan politik kepartian. Kita harus ada tekad yang jelas,” ujarnya sambil menegaskan negara akan selamat, terangkat martabat serta harkatnya jika semua pihak mempunyai tekad untuk menghentikan amalan salah guna kuasa dan rasuah.

Dalam amanat sama, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu turut menempelak sikap pemimpin pembangkang tertentu yang menyerang beberapa pimpinan dalam Kerajaan Perpaduan dengan mendakwa kononnya mereka lebih bersih.
 
"Saya nak nasihat juga rakan-rakan saya yang lain, yang bercakap soal bersih dan hari-hari, saban hari menyerang beberapa tokoh dalam kerajaan perpaduan.


PM bidas sikap sesetengah pemimpin pembangkang
"Apatah lagi orang-orang yang pernah menjadi menteri kewangan, perdana menteri yang tatkala mereka berkuasa itu bukan dipungahnya ratusan juta ringgit, bilion ringgit dipunggah.


"Jadi saya nak nasihatkan bahawa kerajaan ini akan pastikan sekurang-kurangnya sebahagian daripada dana yang dipunggah itu dipulangkan semula kepada rakyat. Ini bukan kecil jumlahnya," dakwa Anwar tanpa perincian pihak yang berkenaan.

Post a Comment

0 Comments