Rakyat dijemput sertai Munajat Ambang Tahun Baharu bersama PM



PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadiri program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra, di Putrajaya, hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata program pengisian malam tahun baharu 2023 itu akan bermula jam 6.30 petang.

Turut akan dihadiri jemaah menteri beragama Islam, ia akan bermula dengan aktiviti jamuan makan malam diikuti solat Maghrib, solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat pada 7.15 malam

Perdana Menteri kemudian dijadual memberi ucapan amanat khas pada 8 malam yang turut disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum menunaikan solat Isyak pada 8.30 malam.

"JAKIM turut menjemput seluruh kaum muslimin dan muslimat untuk hadir beramai-ramai bermunajat serta mendoakan kesejahteraan dan keselamatan negara serta seluruh lapisan masyarakat agar sentiasa dirahmati Allah SWT, " kata Hakimah dalam kenyataan.

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan acara
Pada 21 Disember lalu, Anwar mengumumkan sambutan Ambang Tahun Baharu yang biasanya disambut pada 31 Disember di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, dibatalkan susulan tanda solidariti kepada rakyat yang terkesan dengan bencana banjir di beberapa negeri.

Serentak pengumuman itu, beberapa negeri turut membatalkan sambutan berkenaan termasuk Selangor dan Pulau Pinang.

Post a Comment

0 Comments