Anwar ada hak saman untuk pertahan reputasi - Peguam


PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hak untuk memfailkan saman fitnah bagi melindungi reputasi dirinya, kata seorang peguam.

Guok Ngek Seong berkata, atas kapasiti peribadi dan awam undang-undang membenarkannya berbuat demikian walaupun beliau kini memegang jawatan awam yang sangat tinggi.

Beliau merujuk keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan yang dikeluarkan tahun lepas menyatakan bahawa pegawai awam juga mempunyai reputasi untuk dilindungi.

Dalam kes itu, bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memenangi rayuannya terhadap kumpulan hak Melayu Perkasa yang melabelnya sebagai pengkhianat kerana didakwa mendedahkan rahsia negara kepada kerajaan Singapura.

"Tokoh masyarakat hanya patut memfailkan tindakan fitnah dan tidak menggunakan instrumen kerajaan seperti polis dan pendakwa raya untuk memfailkan tuduhan jenayah.

“Dana awam akan digunakan jika kertas siasatan dibuka untuk kes-kes yang sepatutnya difailkan saman sivil.

"Tindakan Anwar menyaman defendan betul, kerana mereka telah membuat serangan langsung dan peribadi,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Pandangan itu dinyatakan susulan tindakan Anwar memfailkan empat saman fitnah terhadap pemimpin Bersatu dan PAS selepas beliau dilantik sebagai perdana menteri.

Empat individu itu adalah Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Sanusi Md Nor dan Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria.

Sanusi dalam satu kempen ceramah 'Jelajah PN Best Tambun cuba mengambarkan Anwar sebagai seorang pembohong, tidak boleh dipercayai, tidak beretika dan mengkhianati mandat rakyat.

Mnakala Razman dalam kempen ceramahnya pula menuduh Presiden KEADILAN itu mempromosikan agenda LGBT, membenarkan perkahwinan sejenis dan menyokong agenda komunis.

Selain kedua-dua pemimpin PAS itu, Anwar turut memfaikan tuntutan saman terhadap Ahmad Amzad Hashim, pemimpin PAS itu didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dengan mendakwa berbohong tentang menerima gaji RM1 semasa menjadi penasihat ekonomi Selangor.

Anwar juga menyaman Presiden Bersatu Mahiaddin Yassin yang menuduh dirinya menerima RM15 juta daripada kerajaan Selangor semasa berkhidmat sebagai penasihat ekonomi.

Anwar dalam tuntutannya mendakwa kenyataan-kenyataan berbaur fitnah itu antara lain menggambarkan dirinya sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai dan bukan seorang muslim yang baik
 
Sebagai rekod,  pada 7 DIsember lalu, kerajaan negeri Selangor membidas tuduhan Mahiaddin dan Ahmad Amzad.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli, berkata dakwaan Anwar menerima RM15 juta sudah dinafikan berulang kali termasuk dalam jawapan rasmi Menteri Besar ketika itu Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Budaya fitnah mesti dihentikan
Menurutnya, ketika Anwar menjadi Penasihat Ekonomi Selangor, beliau hanya diberikan gaji simbolik RM1 setahun.

"Gaji itu tidak dibayar kepada beliau sejak tarikh lantikan dan beliau tidak menerima sebarang bayaran elaun atau keistimewaan selain gaji RM1 terbabit," kata Juwairiya yang juga ADUN Bukit Malawati.

Post a Comment

0 Comments