SEBARANG dasar yang akan diperkenalkan di Kementerian Dalam
Negeri (KDN) pada masa akan datang akan dirangka dengan menggunakan
elemen penganalisisan data, kata menterinya, Datuk Seri Saifuddin
Nasution Ismail.
Bercakap pada sesi temu bual Naratif Khas
terbitan Berita RTM di Angkasapuri malam tadi, Saifuddin menjelaskan
bahawa pendekatan itu akan memberikan perspektif lebih tepat berhubung
jangkaan, penyelesaian serta persiapan yang perlu dibuat bagi mengatasi
sesuatu isu berbangkit.
Memberikan contoh permohonan pasport
baharu, beliau berkata, analisis data merekodkan lonjakan hampir empat
kali ganda bagi urusan berkenaan ketika musim cuti persekolahan,
berbanding tempoh biasa.
"Sebanyak 76 pejabat penghasilan pasport
didatangi jumlah orang yang ramai menyebabkan berlaku keadaan mereka
terpaksa beratur panjang dan meletihkan, sekali gus menjadikannya
kritikal.
"Di satu lagi sisi adakah betul proses pengeluaran ini
lambat? Namun, angka menunjukkan 45 peratus daripada permohonan secara
dalam talian boleh mengurangkan potensi beratur panjang.
"Ini
(penganalisisan data) adalah keperluan semasa, data perlu dianalisis
supaya memberikan jangkaan kalau musim ini begini jumlahnya dan apa
persiapan perlu diambil," katanya pada temu bual itu.
Saifuddin sebelumnya ditanya mengenai tumpuan yang akan diberikan dalam tempoh 100 hari di kementerian itu.
Sementara
itu, beliau turut menegaskan bahawa pihaknya terbuka untuk mengadakan
sesi libat urus bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), masyarakat
madani dan pihak berkaitan bagi mengenal pasti isu kritikal di negara
ini.
Pendekatan itu jelasnya bagi bagi menerapkan pendekatan
tanggungjawab bersama dalam menghadapi isu keselamatan dan ketenteraman
awam.
![]() |
Saifuddin mahu cari jalan penyelesaiaan tepat |
"Mereka boleh bercakap apa-apa isu secara kritikal dan saya bersedia membuat libat urus bersama pihak berkenaan," katanya.lagi.
0 Comments