Menteri bidas Mahiaddin, gesa berhenti kelirukan rakyat

 


MENTERI komunikasi digital, Fahmi Fadzil menggesa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Mahiaddin Md Yassin menghentikan serangan tidak berasas kepada kerajaan dengan tujuan mengelirukan rakyat.

Ia susulan kenyataan Mahiaddin kononnys, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menggadai prinsip tatakelola yang baik apabila menerima "kleptokrat" dan "cauvinis" dalam kabinet.

Tegas Fahmi, calon jemaah menteri dalam kerajaan ditentukan oleh parti dan gabungan masing-masing dan tidak ditentukan sendiri oleh perdana menteri. Ia kemudian dibentuk secara bersama dan setiap keputusan penting dibuat secara musyawarah, termasuk dalam isu pelantikan jemaah menteri.

Langkah memberi kuasa kepada parti memberikan nama calon jemaah menteri dibuat kerana kerajaan menyedari perlunya mereka mengelak kesilapan yang pernah dilakukan oleh pentadbiran sejak 2018.

Ketika itu, kata Fahmi wujud kelompok-kelompok kartel tertentu sehingga berlaku keadaan "parti dalam parti" dan akhirnya merosakkan kestabilan politik.

"Berbeza daripada tiga pentadbiran sebelum ini - dan menginsafi apa yang pernah terjadi - maka perdana menteri dan ketua parti gabungan dalam kerajaan telah bersetuju bahawa senarai calon jemaah menteri akan ditentukan parti atau gabungan masing-masing.

"Ini satu perubahan penting bagi mengelak kesilapan yang berlaku dalam setiap pentadbiran sejak 2018, apabila jemaah menteri seringkali dibuat bukan mengikut saluran pimpinan utama parti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin menganggap ia sebagai sesuatu yang "paling mengecewakan" dalam sejarah negara.
 
Anwar mengumumkan senarai 28 anggota kabinetnya yang diumumkan kira-kira seminggu selepas dia mengangkat sumpah.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengisi salah satu jawatan terkanan dalam kerajaan iaitu timbalan perdana menteri - satu keputusan yang sudah dijangka dan tidak mengejutkan.
 
Sebagai rekod, Ahmad Zahid sedang dibicarakan di mahkamah, dia merupakan watak penting yang membawa BN memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) menjadi kerajaan setelah parlimen berada dalam keadaan tergantung.

Anwar dan kerajaan telah menegaskan bahawa  tidak akan sekali-kalimencampuri urusan kehakiman dalam mana-mana kes.

Mahiaddin digesa jangan keruhkan keadaan
Sementara itu Fahmi turut mengingatkan Mahiaddin bahawa dia sendiri berdepan beberapa isu yang perlu dijawab sepanjang berada dalam kerajaan.

"Penting untuk kita ingat bahawa Mahiaddin sendiri ada banyak isu yang mungkin perlu diteliti dan ditelusuri kelak, termasuk isu 1BestariNet dan dana RM500 bilion yang dikatakan dibelanjakan sewaktu tempoh pandemik," katanya.

Post a Comment

0 Comments