BN tarik diri di PRK Padang Serai, sokong calon HARAPAN


BARISAN NASIONAL (BN) memutuskan untuk menarik diri dari Pilihan Raya Kecil (PRK) Padang Serai bagi memberi laluan kepada calon Pakatan Harapan, Sofee Razak berdepan calon Perikatan Nasional (PN).

Keputusan itu diumumkan Pengerusi BN Kedah, Jamil Khir Baharom pada perhimpunan sulung bersama BN-HARAPAN sempena kempen PRU15 di kerusi terbabit di Taman Desa Aman malam ini.

Langkah itu diambil sebagai menghormati pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan yang turut membabitkan BN dan HARAPAN.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi berhubung calon BN, C Sivaraj untuk menarik diri daripada pertandingan enam penjuru pda 7 Dis ini. Beliau belum mengulas keputusan itu secara rasmi.

Pilihan raya Padang Serai ditangguhkan ke 7 Dis ini selepas calon HARAPAN, M Karupaiya meninggal dunia beberapa hari sebelum pilihan raya umum 19 Nov lalu.
 
Sementara itu Sofee dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada BN kerana memberi laluan kepada HARAPAN untuk berdepan secara satu lawan satu dengan Perikatan Nasional (PN).

BN akan bantu menangkan calon HARAPAN
Sebelum ini, WARISAN turut mengambil keputusan sama menarik diri daripada bertanding bagi memberi laluan kepada HARAPAN

Selain Sivaraj dan Sofee, Parlimen Padang Serai yang menyaksikan pertembungan enam penjuru turut membabitkan calon Perikatan Nasional (PN), Azman Nasrudin, Hamzah Abd Rahman (PEJUANG), Mohd Bakri Hashim (WARISAN) dan Sreanandha Rao (Bebas).

Post a Comment

0 Comments