Aminuddin optimis pertahan N9 dengan kerjasama BN

PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) Negeri Sembilan optimis dapat mempertahan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, beliau yakin gabungan itu mampu memenangi 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN),  malah kerajaan negeri lebih kukuh dapat dibentuk sekiranya kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) .dimuktamadkan segera.

“Beberapa kerusi bagi HARAPAN insya-Allah akan dipertahankan. Kerjasama dengan BN kalau dimuktamadkan, saya rasa itu akan lebih beri keyakinan.

“Kami mampu pertahankan 20 kerusi itu, berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

"Kami sudah nampak kelemahan dan kekurangan dan itu kami kena perbetulkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di Seremban semalam.

Minggu lalu, Aminuddin memaklumkan beliau akan menemui Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi membincangkan isu kerjasama diantara kedua-dua pihak.
 
Di peringkat negeri jelasnya, kesefahaman antara pemimpin HARAPAN dan BN sudah mula terbentuk susulah perkembangan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan beberapa negeri lain.

Sementara itu, ketika ditanyakan mengenai pembahagian kerusi sekiranya  berlaku kerjasama antara HARAPAN dan BN Aminuddin menjelaskan, ia masih terlalu awal untuk beliau mengulas mengenai itu kerana kerjasama belum dimuktamadkan.

Aminuddin yakin pertahan kerajaan negeri
“Itu tidak boleh dinyatakan sekarang kerana masih terlalu awal. Belum ada perbincangan awal pun, untuk terus pergi  konklusi, tentu tidak boleh,” kata beliau.

Sebagai rekod, pada PRU14 lalu HARAPAN membentuk kerajaan selepas memenangi 20 kerusi DUN daripada 36 buah kerusi secara keseluruhan.

Manakala baki 16 buah kerusi lagi dimenangi oleh BN.

Post a Comment

0 Comments