BEKAS MENTERI Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad memberi jaminan beliau tidak akan menjadi seperti Rina Harun yang memenangi kerusi Parlimen Titiwangsa namun didakwanya tidak menjalankan tugas dengan baik.
Pada program Ceramah Mega Harapan di Dataran PPR Laksamana malam tadi, Khalid menjelaskan beliau bertanding di kawasan Parlimen itu bukan sahaja bagi merampas kembali kerusi itu yang dikhianati, namun hadir bagi membawa pembaharuan ke kawasan itu.
“Titiwangsa ini kerusi sukar menang walaupun sebelum ini Rina dah menang, maka dihantarnya saya dengan keyakinan warga Titiwangsa akan memahami bahawa saya takkan buat seperti mana Rina buat.
“HARAPAN inginkan seorang calon yang warga Titiwangsa percaya dia takkan lompat dan akan jaga kawasannya dengan baik. Jangan risau, saya tidak lompat,' jelasnya.
Sementara itu Khalid turut menegaskan bahawa meskipun dianggap orang luar dari Parlimen Titiwangsa, beliau boleh dipercayai kerana mempunyai rekod baik selama berkhidmat di Shah Alam sepanjang 15 tahun.
Maka sebab itu, katanya, peluang harus diberikan kepadanya untuk berkhidmat di Titiwangsa.
Khalid yang merupakan Pengarah Komunikasi Amanah dipindahkan dari Parlimen Shah Alam yang dianggap kawasan selesa untuknya ke Titiwangsa dibuat atas faktor keyakinan boleh menang.
Sepanjang menjadi Menteri Wilayah, beliau dilihat banyak bersuara mengenai isu tanah di Kampung Baru yang berada dalam Parlimen Titiwangsa.
Biarpun belum dipilih menjadi wakil rakyat kawasan itu, Khalid melalui perkongsian di laman Facebooknya dilihat proaktif mengambil maklum hal yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur.Khalid ada rekod cemerlang di Shah Alam
Beliau petang semalam turun padang bagi melihat sendiri kesan insiden ribut yang menyebabkan beberapa pokok tumbang sehingga mengakibatkan kecederaan dan kerosakan harta benda penduduk.
Pada sebelah malam, Khalid sekali lagi turut padang melawat kebakaran di kawasan perumahan dekat Kampung Baru.
0 Comments