TINDAKAN Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Azmin Ali menyerang Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim didorong rasa bersalah kerana mengkhianati mandat rakyat menerusi “Langkah Sheraton”, kata Saifuddin Nasution Ismail.
Saifuddin yang merupakan Setiausaha Agong KEADILAN berkata, beliau mempunyai pandangan itu setelah menilai kenyataan dibuat Azmin yang melebelkan Anwar sebagai 'bapa pengkhianat'
"Menilai kenyataan Azmin jelas selama ini dia dihantui rasa bersalah yang sangat menyiksa jiwanya.
"Saya yakin di hati kecilnya Azmin sedar perbuatan khianatnya itu tidak sepatutnya dia lakukan.
"Oleh demikian serangan Azmin yang dituju kepada Anwar sekadar percubaan membersih diri dari dicop pengkhianat bukan sahaja oleh anggota parti malah rakyat," katanya dipetik laporan Malaysiakini.
Azmin baru-baru ini mengaitkan ketua pembangkang itu dengan “Langkah Kajang” dan “Langkah PD”.
Azmin mendakwa Langkah Kajang bertujuan mencatur Anwar sebagai menteri besar Selangor pada 2014 dan Langkah Port Dickson pula bagi mencapai cita-cita presiden KEADILAN itu untuk menjadi perdana menteri.
Ironinya, selepas "Langkah Kajang' Azmin kemudiannya menjadi Menteri Besar Selangor.
Azmin tahu tindakannya tak direstui rakyat |
"Baik Kajang atau Port Dickson, KEADILAN menyerahkan kepada rakyat untuk buat keputusan dan rakyat memilih KEADILAN dalam pilihan raya kecil Kajang dan Port Dickson.
"Jauh beza dengan Azmin yang khianat kerusi Gombak yang dimenangi atas tiket KEADILAN dengan menyertai Bersatu," katanya lagi.
Saifuddin sementara itu berkata, PRU 15 ini adalah pilihan raya yang bakal menghukum pengkhianat atau wakil rakyat yang pernah berpaling tadah dan menikam belakan..
"PRU 15 adalah pilihan raya untuk menghukum pengkhianat dan Azmin tahu dirinya sedang menghitung hari sebelum dihukum oleh rakyat khususnya pengundi Gombak," Tambah Saifuddin.
0 Comments