MAHIADDIN MD YASSIN menolak saranan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya kerajaan perpaduan dibantuk.
Pada sidang media di kediamannya di Bukit Damansara petang tadi, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, dia diminta menandatangani surat tidak bersetuju untuk kerajaan perpaduan.
Ahli Parlimen Pagoh itu memberi alasan bahawa saranan itu bertentangan dengan pendirian gabungan dipimpinnya.
"Tak akan kerjasama dengan HARAPAN. Apa tujuan sekali pun, tak setuju." katanya.
Hadir pada sidang media itu adalah Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Ketua Penerangan PN Azmin Ali, dan Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Muhyiddin sementara itu menegaskan bahawa dia mempunyai akuan berkanun (SD) yang menunjukkan dia mendapat sokongan 115 ahli parlimen untuk menjadi perdana menteri.
Namun dia berkata, diberitahu oleh istana bahawa ia tidak mencukupi walaupun melepasi majoriti mudah 112 kerusi.
“Kami yakin bahawa kami mempunyai jumlah yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.
“Namun, dikatakan jumlah kami tidak mencukupi,” katanya.
Mahiaddin dalam sidang media itu tidak menjawab sebarang soalan daripada media sebelum menamatkan sidang medianya.
Sebelum ini seorang pegawai komunikasi kepada Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein membuat kenyataan menafikan satu kenyataan media yang tular kononnya Hishammudin bersama sembilan wakil rakyat BN menyokong Muhyiddin Yasin sebagai perdana menteri adalah palsu.
PN tolak cadangan Agong bentuk kerajaan perpaduan |
BN sebelum ini menegaskan mana-mana akuan berkanun yang ditandatangani oleh wakil-wakil rakyat gabungan itu secara perseorangan adalah tidak sah.
0 Comments