Ikuti perkembangan mesyuarat Dewan Tertinggi BN - Anwar


DATUK SERI
Anwar Ibrahim, mengajak orang ramai mengikuti perkembangan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang bakal berlangsung malam ini.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) membuat seruan itu melalui muat naik di laman Facebooknya.

"Ikuti perkembangan terkini susulan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini.

"Difahamkan, ahli BN akan bermesyuarat sekali lagi dan menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong calon Perdana Menteri ke-10," katanya.

Anwar turut menyertakan pautan laporan secara langsung kepada mesyuarat itu.

Difahamkan, mesyuarat itu sekali lagi selepas Yang di-Pertuan Agong menitahkan 30 Ahli Parlimen gabungan itu menghadap baginda esok.

Titah itu bagi membolehkan baginda membuat keputusan melantik Perdana Menteri ke-10.

HARAPAN dan Perikatan Nasional (PN) adalah dua blok parti politik yang mendapat jumlah kerusi Dewan Rakyat tertinggi pada PRU15, Sabtu lalu.

Apakah BN akan beri sokongan kepada Anwar?
HARAPAN memperoleh 82 kerusi, manakala PN 73 kerusi, masing-masing tidak cukup untuk majoriti mudah 112 bagi membentuk kerajaan.

Kedua-dua blok parti itu memerlukan sokongan Ahli Parlimen mewakili gabungan parti lain terutama BN yang menang 30 kerusi.

Post a Comment

0 Comments